Thursday, 14 January 2016

Cinch® Energy Tea Mix

Cinch Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

 **********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 13 January 2016

Carotomax


Perbezaan Shaklee:

Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, and beta karotena adalah hanya 8 mg. CarotoMax membekalkan lebih 13 mg (21,5001U) karotenoid berfaedah ini. CaratoMax baru ini mengandungi 6 varied karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

 

Manfaat Utama :

  • Lebih Selamat Dari Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  •  Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. la mempertingkatkan masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Pengunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi -   Pengambilan kerap beta   karotena mengukuhkan sistem Imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.
  • Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.

Mengapa CarotoMax ?

Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.

  • Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat,  menghalang degenerasi penglihatan.
  •  Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem Imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopene - Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem Imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin - Pigmen didalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakkan oksidasi kolesterol LDL
  • Lutein - Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.
  • Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.

 

Mengapa Warna Kulit Kuning ?

Warna kulit sebilangan kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning), serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

 

Cadangan:

  • Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul dua kali sehari (selepas makan)
  • Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit : 2 kapsul dua kali sehari 


**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex

PERBEZAAN SHAKLEE


Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailabiIity) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B complex extract from beer yeast.

 

Manfaat Utama:

  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak- kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perleche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan iidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan

 

Bagaimana Memilih B-Kompleks yang Baik ?

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin - Bl, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  •  Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian Bl, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)

 

Rekomendasi :

  • Untuk kesihatan berpanjangan    : 1     biji sehari (selepas makan)
  • Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan : 2 - 3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

 

Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?

Ini merupakan situasi normal kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

Nota :   

B-kompleks merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.




**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 12 January 2016

Cinch Shake Mix


Perbezaan Shaklee :

Setiap kali anda minum Shaklee cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram seratlarut. (Dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protien). Ini penting - Kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.

 

Faedah Utama :

  • Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut
  •  Indeks glisemik - 22; sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Dengan cinch Pro, campuran eksklusif protin clipertingkatkan dengan leucine – asid amino
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan. 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa berpuas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

"The Shaklee Weight Management Program addresses
the issues I've raised through my research. It truly
works and I believe it's going to change our approach
to weight management forever"
Dr. Paula Baillie-Hamilton, MD, PhD | A leading expert in human metabolism



 **********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! 

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Tuesday, 8 December 2015

Kebaikan Shaklee Collagen Powder | Kelebihan Kolagen

Suka tak tengok kulit baby ? Gebu je kan, siap halus mulus lagi. Macam tu lah kulit kita  masa kita bayi dulu. Tapi itu dululah ngeee. Apabila usia semakin meningkat, kulit kita semakin kurang elastisiti dan semakin kendur. Ini disebabkan oleh satu unsur yang dinamakan kolagen.

Mengapa ini terjadi dan apa kaitannya dengan kolagen pula ?
Kolagen atau collagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong tisu tisu badan kita bagi mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit. Semasa kita bayi, kandungan kolagen adalah sangat tinggi, sebab itulah kulit bayi lebih anjal dan cantik. Tapi apabila usia kita melewati 25 tahun dan ke atas,  penghasilan  kolagen semakin berkurangan. Bila kurang, tiada apa yang menyokong tisu badan kita tadi. Lama kelamaan , kita boleh nampak adanya kedutan di tepi mata, tangan dan kaki. Cuba tengok nenek, datuk kita, boleh nampak adanya kedutan yang ketara pada tangan dan muka mereka kan. Itulah tandanya badan kekurangan kolagen.

Kolagen berkurangan secara drastik selepas umur 25 tahun
Jadi, kalau kolagen dah semakin berkurang dalam badan, macam mana nak buat? Habislah kulit jadi tidak cantik lagi lepas ni!!! Jangan risau, kita masih boleh ambil kolagen tambahan dari sumber luar contohnya seperti Collagen Powder Shaklee. Kolagen ini bukan sebarang kolagen tau, tapi dihasilkan daripada sumber yang tahan lasak. Khas untuk menampung kehilangan kolagen dari tubuh kita akibat pertambahan usia. Sebab itulah ia dikatakan antara produk kolagen terbaik.

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Keunikan Kolagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan
Jika amalkan secara konsisten, hasilnya memang lumayan! Anda akan perasan perubahan pada tekstur kulit. Yang paling nampak pada mukalah kan. Ini antara testimoni pengguna yang telah amalkan Shaklee Collagen Powder

Nampakkan sebelumnya ada pigmentasi, kulit kusam dan nampak kasar. Tapi selepas itu tona kulit lebih sekata, lebih gebu dan halus! Bintik bintik hitam pun sudah tiada lagi.  

Testimoni Pengguna Collagen Powder Shaklee
Bukan itu saja, ada yang rambut kembali sihat dan tidak gugur lagi, perut semakin slim dan body yang semakin mantop!

Disebabkan ramai yang bertanya tentang Collagen Shaklee ini, jadi saya kumpulkan soalan-soalan tersebut dan saya letakkan dalam satu senarai FAQ seperti di bawah. Lebih senang dan mudah untuk dijadikan rujukan oleh para pembaca sekalian.

1. Collagen Shaklee ini Dihasilkan Daripada Apa?

Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga  ditambah dengan tujuh bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B untuk meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder Bertindak Dalam Tiga Cara

2. Mengapa Sisik Ikan Merah Laut Dalam?

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.
Kolagen Shaklee Powder diambil dari Sisik Ikan Merah

3. Apakah Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder?

Selain daripada kelebihan kolagen Shaklee yang tahan lasak, kebaikan lain ialah molekul kolagen  juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Bila mudah diserap, maknanya kesannya juga maksimum. Ada yang mengadu, dia sudah makan kolagen jenama lain tapi tak nampak kesan. Mengapa? Sebab kolagen yang biasa, molekulnya besar dan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akhirnya di buang saja. Rugikan?

Collagen Shaklee juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary” menjadikan kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat.

Jisim Molekul Rendah Memudahkan Proses Penyerapan

4. Sekotak ada berapa? Tahan berapa lama?

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul-betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari. Ini bermakna sekotak kolagen ini boleh tahan sehingga sebulan.

5. Macam Mana Cara Nak Makan Collagen Shaklee ni?

Ia dalam bentuk serbuk yang didatangkan dalam sachet (uncang). Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum. Boleh juga dilarutkan dalam kordial mahupun jus. Sedap diminum sejuk sejuk. Selain itu, boleh dijuga dimasukkan terus ke dalam mulut, kunyah-kunyah. Rasanya seperti mengunyah nestum atau bijirin.




6. Berapa Harga Sekotak?

Harga runcit sekotak dengan GST ialah RM315. Namun jika anda mendaftar sebagai ahli, anda boleh mendapatkan dengan potongan harga sehingga 20%. Selain itu, anda juga layak mengumpulkan point dan jika point anda mencukupi, anda layak medapatkan cash back dari Shaklee. Untung kan???


7. Kenapa Mahal Harganya?

Mahal kerana collagen powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper) yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk collagen ikan merah ini boleh mencecah ke rm400-500.  Tapi di Shaklee hanya bernilai RM315!

Tambahan pula ia diadun dengan bahan-bahan semulajadi lain yang telah diuji keberkesanannya pada kulit manusia. Memang dijamin SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN! Itu jaminan SHAKLEE !

8. Berapa lama nampak Kesan?

Kesan collagen powder Shaklee berbeza-beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 sudah merasa kulitnya lembap. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada  ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.

Antara kesannya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.

Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi di hadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu!

Statistik Kesan Collagen Powder Shaklee

9. Bolehkah Shaklee Collagen Powder untuk ibu Hamil / Menyusu?

Buat masa ini, belum ada kajian khusus akan kesan Collagen Powder Shaklee jika diambil oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Jadi golongan ini tidak digalakkan untuk mengambilnya sebagai minuman. Namun, jika ibu yang breastfeed masih mahu juga mencuba, ia atas risiko sendiri. Selain untuk dimakan, ia boleh dijadikan sebagai masker dimuka.

10. Ada yang trial pack tak?

Tiada. Kalau ada pun anda tak kan rasa kesannya kalau hanya makan setakat 1,2 sachet. Ini kerana badan kita memerlukan masa 90 hari untuk memperbaiki sel selnya sendiri. Jadi kalau 1,2 sachet memang tidak mencukupi untuk dapat kesannya.

11. Macam Mana Nak Beli Collagen Powder Shaklee?

Jika ada sebarang soalan lain, boleh ajukan terus kepada saya. InshaAllah saya  sedia membantu anda pada bila-bila masa. Kalau nak tanya-tanya dulu pun boleh.

Semoga terus kekal sihat dan cantik jelita dengan Collagen Powder Shaklee yang marvellous ini!



**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 1 December 2015

Jom Kenali Lecithin Shaklee

Assalamualaikum...Semoga kita semua sentiasa sihat supaya dapat beribadah dengan lebih sempurna, ameen...

Kali ini saya nak kongsi tentang salah satu supplemen Shaklee iaitu LECITHIN...Lecithin Shaklee adalah supplemen yang SANGAT PENTING untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan selamat...



Untuk pengetahuan anda, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya bukan daripada haiwan. Sebiji kapsul Lecithin Shaklee adalah seberat 530mg dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kita memerlukan 4000mg sehari untuk ia berfungsi membakar/mengemulsikan lemak-lemak di dalam badan kita.

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tersebut ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Kenapa kita perlukan Lecithin ni untuk menurunkan berat badan?

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia; tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. Jadi khasiatnya boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung serta biji kacang soya…Dan tahukah anda?? Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin!



Jom kita singkap lagi 13 kelebihan Lecithin Shaklee yang berasaskan kacang soya ini

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung serta arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.
  • Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan perlukan Lecithin? Kerana ia bertindak mengemulsikan lemak iaitu memecahkan lemak. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa Lecitin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, bahan-bahan tambahan makanan, racun perosak, dan lain-lain.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat…jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ini kurang efisien. Sebab itu mereka-mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.
  • Lecithin, bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE.. BILE ini fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dalam badan.
Jangan tunggu-tunggu untuk mencuba. Jom bakar lemak-lemak yang ada dalam badan dengan Lecithin Shaklee! InShaaAllah kita cuba yang terbaik, mudah-mudahan Allah memberikan keizinan dalam memberikan kesan yang terbaik!

PM di Facebook: Syikin Karim

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Friday, 23 October 2015

Apa itu Ostematrix Shaklee?


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT


1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis


Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-
  • Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
  • Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  • Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
  • Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan

TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?


Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

BANDINGAN OSTEMATRIX SHAKLEE DENGAN BRAND-BRAND LAIN



Harga lebih jimat jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Hanya RM ** sahaja untuk menikmati potongan harga produk Shaklee sehingga 30% dan boleh mengumpul bonus $$$ setiap bulan!




Berminat? Untuk Info dan Order:

PM di Facebook: Syikin Karim

InShaaAllah tawaran harga diberikan adalah yang terBAIK!!!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184