Monday 14 November 2016

Bebaskan diri dari Gegata atau Kelopak Garam Dengan Cara Yang Selamat Tanpa Ubat dan Suntikan

Siapa tahu apa itu gegata atau kelopak garam? Saya pun baru tahu istilah ini melalui sharing yang dibuat oleh Doktor Normi. Siapa yer Dr Normi ni? Dr Normi, seorang doktor gigi yang mempunyai klinik pergigian sendiri di Balik Pulau. Merupakan bekas penjawat awam yang memegang jawatan terakhir sebagai Pegawai Pergigian U52. Beliau menceritakan pengalaman bagaimana suaminya yang menghidap penyakit kelopak garam ini boleh survive dan semakin pulih dengan bantuan dari suplemen Shaklee.

Sebelum tu, saya nak share sikit istilah gegata atau kelopak garam ini.

Gegata atau Kelopak Garam

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria yang disebabkan oleh tindak balas sistem imun disebabkan oleh alahan-alahan tertentu. Urticaria atau gegata adalah sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak, menebal, gatal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu sama ada habuk, sengat serangga atau makanan laut.

Antara nama lain gegata atau kelopak garam ialah lapar garam atau ludah pontinak. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa gatalnya.

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
  1. Akut = kurang daripada 6 minggu.
  2. Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas (dalam kes ini, perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor).
Punca Utama

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu di sekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom gegata atau kelopak garam
  1. Kulit membengkak, merah, mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.
  2. Gatal dan kadang-kadang sakit.
  3. Rasa panas di kawasan yang bengkak.
  4. Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
  5. Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca berlakunya gegata atau urticaria
  1. Makanan
  2. Ubat
  3. Sentuhan kepada allergen
  4. Sengatan
  5. Bisa binatang
  6. Radiocontrast
  7. Jangkitan
  8. Sejuk
  9. Tekanan pada bahagian badan
  10. Cahaya matahari

Cadangan

Siapa yang ada masalah ini, cadangan saya ialah:

1. Tukar semua pencuci rumah baik sabun, cecair pencuci lantai, pencuci pinggan dan lain-lain yang bertoksik / mengandungi bahan kimia kepada yang tidak bertoksik. Pastikan pilihan anda adalah mesra alam dan organik. Pilihan saya Set Get Clean Shaklee. Mesra alam, berkesan dan jimat!

Set Get Clean Shaklee

2. Pastikan rumah selalu bersih kerana habuk dan kotoran boleh mencetuskan alergik. Boleh lakukan aktiviti bersama keluarga dalam mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan anak-anak. Selain dapat mendidik anak-anak sifat kerjasama dan sukakan kepada kebersihan seperti yang disarankan dalam Islam.
Bersihkan rumah dengan lebih kerap

3. Amalkan Omega Guard, Alfalfa Complex dan Vitamin C.


Shaklee Difference - Omega Guard - Bertindak sebagai anti radang


Alfalfa Complex - Excellent source of nutrients - Agen detoks


Shaklee Difference -Sustained Release Vita-C - Tingkatkan sistem imun dan mencantikkan kulit
Antara testimoni dari mereka yang telah hilang masalah ini setelah mengamalkan produk ini. Jom baca apa kata mereka:


Testimoni 1

Testimoni 2

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Ejen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh Malaysia

Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184 

Friday 11 November 2016

Motivasi Pagi - Yakin bahawa Janji Allah Pasti!

Assalamualaikum...

Siapa ingat kisah Konstantinopel?

Hari Penaklukan Konstantinopel

Tak ingat takpe, meh nak ingatkan kembali. Kepada yang belum tahu, boleh baca sharing ini.

Konstantinopel adalah satu kota yang sangat sukar untuk ditakluki! Bayangkan selama 800 tahun, sebanyak 29 kali cubaan telah dibuat untuk menawan kota ini tapi belum ada yang berjaya. Belum berjaya, BUKAN GAGAL yer...

Muhammad Alfateh

Tapi akhirnya, ia dikejutkan kerana berjaya ditawan oleh seorang pemuda yang bernama Sultan Muhammad Alfateh yang pada ketika itu berusia 21 tahun! Sultan inilah yang membenarkan hadith Nabi 800 tahun sebelum itu...iaitu PASTI AKAN TERTAWAN KONSTANTINOPEL! Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya sebaik-baik tentera.

Kalau baca sejarah, Sultan Muhammad Alfateh ni dari kecil dah diprogram oleh guru beliau bahawa "Kamulah pembuka kota Konstantinopel".

Jadi antara faktor kejayaan Sultan Muhammad Alfateh ialah VISION BOARD yang sangat jelas!

Dan beliau dari kecil tidak tinggal solat jamaah, tidak pernah jadi makmum masbuq dalam jamaah (bermakna beliau sentiasa awal), tidak tinggal solat dhuha dan tahajjud dan sangat menekankan pembinaan ruhani dalam tenteranya.

Jadi motivasi pagi ini...

1. Vision board perlulah jelas
2. Jaga hubungan dengan Allah selain usaha-usaha lain
3. Percaya sebelum berjaya

Sebagai permulaan, mulakan mengikut kemmapuan, pelan-pelan pun takpe. Jaga solat waktu, buat solat dhuah, cuba bangun tahajjud, baca Al-Quran setiap hari walaupun sikit yang penting kena istiqomah!

InshaAllah you will feel the difference!

Ini adalah intipati motivasi yang telah dikongsikan oleh salah seorang orang hebat di dalam dunia bisnes Shaklee iaitu Dr Farhanah. Marilah kita jadikan kisah ini sebagai teladan dan panduan untuk sama-sama mencapai impian kita. Usahalah bersungguh-sungguh untuk capai apa yang kita mahukan, selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Allah. Percayalah, kita akan dapat apa yang kita impikan jika Allah membenarkannya, walaupun orang lain fikirkan ianya mustahil untuk dicapai.

Terima kasih kerana sudi membaca :)
Agen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh Malaysia




Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184

Wednesday 9 November 2016

Vita-Lea for Children - Multivitamin Wajib Untuk Anak-Anak

Vita-Lea for Children - Multivitamin wajib untuk kanak-kanak

The best kids multivitamin is back! Kini Vitalea Chewable multivitamin untuk kanak-kanak muncul dengan formula lebih baik dan mantap.



Vita-Lea for Children dengan Formulasi Yang Lebih Mantap

No Picky Eater: Tambah Selera Anak Sampai Minta Nasi Berkali-kali


Kenapa Vita-Lea for Children hilang sekian lama dan kini muncul semula?

Sudah sekian lama ibu bapa di Malaysia ini menantikan kemunculan semula Vita-Lea for Children ini. Kenapa Vita-Lea for Children menghilang sebelum ini? Ramai yang tertanya-tanya kenapa.

Sebabnya Shaklee telah memperkasakan nutrisi vitamin yang ada dalam Vita-Lea for Children ini. Kita tahu ia mengandungi 19 jenis nutrisi vitamin. 14 nutrisi vitamin telah diperkasakan lagi. Orang kampung saya cakap 'improved formula'. Lihat jadual komposisi di bawah ini.

Jadual Komposisi Formula Terkini Vita-Lea

FUNGSI VITA-LEA FOR CHILDREN
  • melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  • meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  • menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  • membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  • mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  • mencegah penyakit beguk (tiroid)
  • meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia
  • membantu memulihkan selera makan
  • melancarkan proses pencernaan
  • membantu meningkatkan kecerdasan minda
  • membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • membantu penyerapan zat daripada makanan
Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap anak-anak, kita hendaklah mencari alternatif dengan memberikan multivitamin yang terbaik untuk anak-anak. Maklumlah, zaman sekarang ni, majoriti kanak-kanak suka sangat makan makanan segera seperti McDonald, Pizza, junk food atau jajan dan lain-lain lagi.

Variasi Makanan Untuk Keperluan Seharian Nutrien Si Manja

Pengambilan  Vitalea Chewable dapat membantu membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak untuk membesar. Selain itu pembinaan kalsium dalam tulang menjadi kuat dan sihat. Ia juga membantu kecergasan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti harian agar tidak mudah letih.


Kandungan Vitamin dan Mineral di dalam Vita-Lea


Kebaikan Vitalea Chewable Kanak-Kanak 
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kanak-kanak

Apa rasa Vita-Lea for Children ini?

Masam ke? Tawar ke? Manis ke? Vita-Lea for Children menggunakan pemanis semulajadi yang diekstrak dari buah anggur dan ibu bapa tak perlu risau kerana ia mengandungi xylitol bagi melindungi gigi anak kita daripada kaviti.  
Rasa Vita-Lea seperti Ubat Gigi
Pada umur berapa anak-anak boleh makan Vita-Lea for Children?

Untuk anak berusia 4tahun ke atas, Vita-Lea for Children ini boleh di ambil 2 biji sehari.
Bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 3 tahun dan dah pandai mengunyah tablet, pengambilan Vitalea for Children hendaklah dengan pengawasan orang dewasa.
Jika anak anda belum pandai mengunyah, ia boleh dihancurkan atau dilarutkan dalam air minuman mereka.
Waktu pengambilan yang sesuai ialah selepas makan.
 
Ciri-ciri anak yang memang memerlukan Vitalea Chewable
  • Anak yang kurang selera makan 
  • Anak yang suka makan junk food
  • Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan 
  • Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
  • Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet) 
  • Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin K membantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)
Nutrien Vita-Lea Sama Dengan Kandungan Makanan Ini

Vitalea Chewable berbeza dengan produk lain di pasaran
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
  • Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti 
  • Pembungkusan BPA free
Saiz Vita-Lea for Children
 
Saiz Vita-Lea lebih kecil dari duit Syiling 10 sen

Harga Vita-Lea For Children?

Sebotol Vita-Lea for Children ada 60 tablet berharga RM117.66 (GST).

Jadi, satu biji cuma berharga dalam linkungan RM2. Sebotol boleh tahan sehingga 2 bulan. Jadi, satu bulan anda hanya perlu belanjakan RM58.80 untuk nutrien penuh anak-anak anda.

Laburkan RM2 sehari untuk anak anda supaya mereka lebih sihat, cergas dan cerdas!

Anak adalah harta paling bernilai yang kita miliki. Selain daripada memberi kasih sayang secukupnya kepada anak kita, jangan pula kita ambil mudah tentang kesihatan mereka. Percayalah nikmat kesihatan yang sihat itu memang tiada tolok bandingnya. Jadi pastikanlah anak kita membesar dengan sihat!

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca sekalian...

Agen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh Malaysia

Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184

Tuesday 8 November 2016

Kelas Online: NIAT dan TARGET

Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan untuk ikuti kelas di bawah gabungan individu-individu hebat yang membuat bisnes dalam Surijunior. 

Group ini dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang terdiri daripada mentor-mentor hebat di dalam organisasi Surijunior.

Sharing malam ini mengenai NIAT dan TARGET. Dikendalikan oleh Senior Coordinator Syaheera Young Rockie yang lebih dikenali sebagai Syeera.

Senior Coordinator Syaheera Young Rockie

"Puan Syaheera Young Rockie tinggal di Terengganu berusia 27 tahun.

Anak ke 2 dari 5 beradik . Syeera memiliki Ijazah sarjana muda farmasi dan kini dalam proses membuka farmasi milik sendiri dengan modal dari bisnes Shaklee

Belum sampai setahun berbisnes Shaklee, beliau telah mencapai income 5 angka sebulan.

Wanita muda ini menafikan usia diri dan usia bisnes adalah kayu pengukur kejayaan.

Siapa pun boleh berjaya asal ada kesungguhan dan kegigihan".

Jom baca isi perkongsian Puan Syeera.

Kupasan pertama beliau mengenai NIAT kita untuk buat bisnes Shaklee. Pada awalnya ramai yang memilih untuk jadi kaya. Tapi niat ini tidak akan bawa kita ke mana-mana sebab bila tak kaya, maka dengan mudah kita akan cepat goyah dan akhirnya menyerah kalah.

Jadi niat yang paling berkesan ialah niat kita hendak membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Niat untuk mulakan bisnes

Testimoni cikgu setelah mengguna set kurus

Kupasan kedua berkaitan dengan TARGET. Ianya menggunapakai formula S.M.A.R.T.. Apa itu S.M.A.R.T.?

Formula SMART

Setiap apa yang kita lakukan perlukan TARGET. Seseorang tidak akan berjaya jika tiada target. Tak percaya, cuba tanya orang-orang hebat yang berjaya. Dalam hidup dorang ada target ke tak. Mesti jawapannya ADA!
Set target kenalah dengan lebih detail

1. S - SPECIFIC

Untuk ini, kita perlu gunakan formula 6W, 1H.

Specific - 6W 1H

Who? Siapa yang nak capai target tu? Kita dan group kita!

What? Apa yang nak dicapai? Nak jadi master!

Where? Dimana kita nak capai? Mestilah di dalam Shaklee! Dalam diri kita.

When? Kena ada time frame - Sv in 1 month? Nak Senior SV terus 1 month? Nak SID 5 tahun?

Which? Ni kena identify apa requirement dan halangan yang ada. Contoh: Halangan takde masa? Ni bukan halangan, masa itu sama untuk setiap masa. Kena cari masa! Allah bagi 24 jam, kita duk bagi alasan "takda masa". Memang betul-betul Allah akan sempitkan masa kita sedangkan cukup 24 jam Allah bagi sebenarnya.

Why? Apa sebab untuk dapatkan target kita? Untuk mak abah, untuk anak-anak, untuk diri sendiri. Itulah big why yang akan buat kita lebih semangat sepanjang berbisnes. Kalau down, ingat balik anak-anak. Ingat balik mak abah. Kita buat untuk dorang!

2. M - Measurable

Kira progress kita untuk capai target tu!

Kena bijak! Kalau nak 3000uv, bahagi 30 hari, jadi sehari kena dapat 100uv. Kalau takde sale sehari kena gelabah. Korek la tang mana pun, kena cari sale.

3. A - Attainable

Boleh capai ke target tu? Untuk capai target, kena develop attitude, kebolehan dan skill.

Contoh: Nak Sv bulan n, iklan kena mantap. Hari-hari wajib at least post iklan. Kalau banyak lagi bagus. 

Iklan jangan too hard selling. Orang menyampah. Tu kena belajar la...Iklan kena lebih kepada soft selling...bercerita...

Iklan
Doa
Dhuha
Sedekah
Usaha

4. R - Realistic

Realistic tak target kita? Target kenalah yang achievable dan realistic, baru boleh capai.

Contoh:
Sv in one month realistic ke tidak? Logik!
Master in 2 month? Tak logik!

Aim high target tapi kena realistik.

5. T - Timely

Time frame kena ada. Nak sv tapi tak tahu timeline, nanti sampai bila-bila tak naik sv, huhuhu...


Revise target sekiranya perlu

Revise target sekiranya perlu


Ok sampai sini saja perkongsian mengenai kelas semalam. Lepas ni, yang penting, kena amalkan ilmu yang ada ni, kena bertindak! Baru boleh berjaya.

Siapa nak berjaya, kena ingat formula ni. Kena ada target yang S.M.A.R.T

Siapa nak berjaya, mesti ada mentor.

Siapa nak berjaya, mesti ada ketekunan.

Terima kasih Puan Syeera sudi jadi cikgu dan berkongsi dengan kami ilmu ini.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca sekalian...
Agen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh Malaysia

Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184