Friday 11 November 2016

Motivasi Pagi - Yakin bahawa Janji Allah Pasti!

Assalamualaikum...

Siapa ingat kisah Konstantinopel?

Hari Penaklukan Konstantinopel

Tak ingat takpe, meh nak ingatkan kembali. Kepada yang belum tahu, boleh baca sharing ini.

Konstantinopel adalah satu kota yang sangat sukar untuk ditakluki! Bayangkan selama 800 tahun, sebanyak 29 kali cubaan telah dibuat untuk menawan kota ini tapi belum ada yang berjaya. Belum berjaya, BUKAN GAGAL yer...

Muhammad Alfateh

Tapi akhirnya, ia dikejutkan kerana berjaya ditawan oleh seorang pemuda yang bernama Sultan Muhammad Alfateh yang pada ketika itu berusia 21 tahun! Sultan inilah yang membenarkan hadith Nabi 800 tahun sebelum itu...iaitu PASTI AKAN TERTAWAN KONSTANTINOPEL! Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya sebaik-baik tentera.

Kalau baca sejarah, Sultan Muhammad Alfateh ni dari kecil dah diprogram oleh guru beliau bahawa "Kamulah pembuka kota Konstantinopel".

Jadi antara faktor kejayaan Sultan Muhammad Alfateh ialah VISION BOARD yang sangat jelas!

Dan beliau dari kecil tidak tinggal solat jamaah, tidak pernah jadi makmum masbuq dalam jamaah (bermakna beliau sentiasa awal), tidak tinggal solat dhuha dan tahajjud dan sangat menekankan pembinaan ruhani dalam tenteranya.

Jadi motivasi pagi ini...

1. Vision board perlulah jelas
2. Jaga hubungan dengan Allah selain usaha-usaha lain
3. Percaya sebelum berjaya

Sebagai permulaan, mulakan mengikut kemmapuan, pelan-pelan pun takpe. Jaga solat waktu, buat solat dhuah, cuba bangun tahajjud, baca Al-Quran setiap hari walaupun sikit yang penting kena istiqomah!

InshaAllah you will feel the difference!

Ini adalah intipati motivasi yang telah dikongsikan oleh salah seorang orang hebat di dalam dunia bisnes Shaklee iaitu Dr Farhanah. Marilah kita jadikan kisah ini sebagai teladan dan panduan untuk sama-sama mencapai impian kita. Usahalah bersungguh-sungguh untuk capai apa yang kita mahukan, selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Allah. Percayalah, kita akan dapat apa yang kita impikan jika Allah membenarkannya, walaupun orang lain fikirkan ianya mustahil untuk dicapai.

Terima kasih kerana sudi membaca :)
Agen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh Malaysia




Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184

No comments:

Post a Comment