Friday 28 August 2015

Tajuk Akhbar Tahyul Awet Muka

Assalamualaikum semua...

Tadi buka-buka je akhbar Harian Metro, terjumpa Tajuk Artikel "Tahyul Awet Muda" seperti di bawah:

Keratan Akhbar Harian Metro Online 28

Macam-macam kes sekarang ni ek. Sanggup cucuk sana sini hanya untuk cantik. Nampak sangatla kan yang rata-rata dari kita semua sukakan dan inginkan kecantikan. Nak muka nampak muda jer, anti kedutan gitu. Walhal sebenarnya sudah berusia. 

Boleh jer kalau nak nampak muda dan anti kedutan. Tapi tak perlulah ambil cucuk-cucuk macam ni. Cucuk-cucuk ni bukan sahaja mahal harganya tapi juga mendatang kemudaratan pada kesihatan.


Meh nak ajak anda semua untuk mengambil suplemen Vitamin C dari Shaklee. Harganya amat berpatutan. Tambahan lagi ianya selamat dan kesannya kalau ambil secara konsisten sungguh menakjubkan. Kalau tak percaya, boleh tanya pengguna-pengguna produk ini.


Tidak perlu takut kerana semua produk keluaran Shaklee adalah 100% dijamin SELAMAT dan HALAL. Berikut adalah antara sebab MENGAPA anda perlu pilih Sustained Release Vita-C Plus
  

Persamaan 1 tablet  Sustained Release Vita-C Plus dengan buah OREN


Ini pula antara kelebihan-kelebihan yang ada pada Sustained Release Vita-C Plus. Jika anda inginkan manfaat-manfaat kesihatan seperti di bawah, jangan tunggu lama-lama, dapatkan Sustained Release Vita-C Plus dengan SEGERA. 

  
PASTIKAN anda tidak ketinggalan peluang untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

Hubungi saya di

SMS / Whats App: 013 697 8184

PM di Facebook: Syikin Karim

Email: asyiqin08@gmail.com

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,

Syikin | 013 697 8184 

Thursday 27 August 2015

Apa itu YES Shaklee?

Berikut adalah soalan dan jawapan asas kepada program hebat YES :)



Apakah YES?

YES adalah Young Entrepreneur System (YES)



Apakah tujuan YES?

YES adalah inisiatif CSR (Corporate Social Responsibility) Shaklee untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan tanpa had. Sebelum ini, CSR Shaklee bertumpu kepada pemberian suplemen kepada masyarakat kurang berkemampuan. Amalan ini mendapat sambutan menggalakkan, tetapi malangnya, ianya kerapkali tidak berpanjangan. Justeru itu, program CSR Shaklee ditukarkan kepada program YES, yang bukan sahaja memberi peluang kepada nutrisi yang baik, tetapi lebih besar dari itu, memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.



Siapakah yang layak menyertai YES?

Semua warga Malaysia yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee ataupun yang telah mendaftar tetapi keahliannya telah luput (kerana terlalu lama tidak aktif). Walaupun ditulis perkataan "Young", ia bukanlah bermaksud program ini hanya untuk golongan muda 20an. Tidak. Young disini bermaksud baru, dalam erti kata baru dengan Shaklee. Terbuka kepada semua bukan ahli Shaklee yang berusia 18 tahun ke atas.



Berapakah modal yang diperlukan untuk menyertai YES?

Anda boleh bermula dari modal serendah RM0



Adakah program YES ini selama-lamanya?

Syarikat menetapkan program ini bermula daripada Mei 2015 sehingga Oktober 2015 sahaja. 



Apakah insentif jika saya menyertai YES?

5 Insentif utama yang Shaklee tawarkan



1. Setiap pendaftaran dengan minimum belian hanya 1 produk akan mendapat Vitalea Iron Formula PERCUMA (bernilai RM94.08)


Multivitamin tertua di dunia





2. Insentif khas jika anda berjaya membantu 6 rakan anda menjana pendapatan dengan program YES dalam sebulan


Contoh Ilustrasi




3. Bonus kenaikan pangkat dari RM200 sehingga RM5,000




4. Potongan harga 5% daripada harga ahli khas untuk pembelian YES Packs



Empat Pack YES yang ditawarkan 5% harga lebih rendah selepas anda mendaftar sebagai ahli




5. Bonus tambahan ke atas bonus bulanan yang anda capai dari 10% sehingga 50%



Dan kemuncaknya, jika memenuhi kriteria, anda bakal menerima wang tunai RM10,000 dan trofi pengiktirafan !






Hebat bukan? Inilah inisiatif Shaklee untuk membantu anda memiliki pendapatan tambahan di saat kita sebenarnya terhimpit dengan pelbagai tekanan ekonomi.



Adakah saya perlu menghadiri perjumpaan atau mesyuarat?

Perjumpaan memang diadakan bertujuan untuk berkongsi testimoni, kelas nutrisi dan meraikan kejayaan pengedar Shaklee. Anda akan dijemput tetapi tidak diwajibkan untuk hadir. Hadir atau tidak, ianya pilihan anda 



Adakah saya perlu ke pejabat untuk bekerja di bawah Program YES?

Bisnes Shaklee adalah bisnes fleksible, pejabat anda adalah pilihan anda dan kebanyakan dari kami yang berjaya dalam Shaklee, pejabat kami hanyalah di smartphone dan tablet. Ya, semudah itu :)



Bagaimana untuk menyertai YES Program?

Hubungi saya di 

sms / whatsApp : 013 697 8184

PM di Facebook : Syikin Karim

Email : asyiqin08@gmail.com



Sebarang pertanyaan amatlah di alu-alukan.



Salam kasih sayang,

Syikin | 013 697 8184

Friday 21 August 2015

Resipi Bancuhan ESP Yang Boleh Dicuba...

Assalamualaikum...


Mungkin ada di kalangan kita yang ingin mencuba ESP tetapi niatnya terhenti kerana bencikan rasa soya.

Untuk pngetahuan semua, kita boleh pelbagaikan cara penyediaan ESP. Berikut beberapa cara bancuhan yang telah dicuba oleh mereka yang mengambil ESP.

  • ESP + Air suam
  • ESP + Performance Drink Shaklee
  • ESP + MealShake Shaklee
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu untuk beberapa jam, kemudian blend/shake dengan campuran 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + Susu strawberry / coklat
  • ESP + nestum/oat
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana/oren
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + Sunquick oren/limau
  • ESP + koko + minyak zaitun + oat + madu + susu (bancuh semuanya kemudian blend)...Its good for brain + energy + healthy diet.. Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya 

Anda boleh memilih kombinasi yang sesuai untuk citarasa anda. Anda juga boleh menambah kreativiti anda mencuba campuran yang lain. 

Bukan sahaja dapat menikamati satu produk yang mempunyai rasa yang sedap, malah khasiatnya yang banyak yang pasti menguntungkan mereka yang mengamalkannya.

Jangan tunggu lama-lama untuk mencubanya. Hubungi saya untuk mendapatkan produk @ khidmat nasihat mengenai produk-produk Shaklee.

Syikin Karim | 013 697 8184 | asyiqin08@gmail.com

Thursday 20 August 2015

Shaklee ESP? Apakah???

Jika anda adalah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah salah satu produk yang harus anda cuba.

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

Meh nak share info-info yang berkaitan dengan ESP Shaklee. Semoga artikel ini memberi manfaat untuk kita.

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?

Harga ESP bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak ialah RM159 (termasuk GST).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

6. Siapa yang boleh mengambil ESP?

Ianya amat sesuai untuk semua lapisan:

  • Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
  • Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
  • Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
  • Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  • Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. 
  • DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

7. Apa rasa ESP sebenarnya?

ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba. Anda boleh mencampurkan dengan minuman-minuman lain (selain dari minuman berkafein) seperti jus buah-buahan, ribena, sunquick dan lain-lain. Untuk resipi, sila klik di sini.

8. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

9. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?

Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan yang baik untuk kesihatan anda.

10. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?

  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
 
TAHUKAH ANDA? 25% daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu.  Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU.

Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

11. Bagaimana nak order ESP?

Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

Jika harga yang ditawarkan mahal, jangan risau, PASTI ada jalan penyelesaian. Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang! Anda layak untuk menikmati kadar penjimatan sehingga 30%.

Ayuh! Laburkanlah wang anda bagi memastikan kesihatan anda di tahap optimum!

Wednesday 19 August 2015

Kepentingan Susu Ibu

Assalamualaikum semua. 

Didoakan semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah...

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua kepentingan susu ibu. Fakta-fakta yang di ambil adalah dari hasil pembacaan menganai penyusuan susu ibu. Seperti yang semua sedia maklum, terdapat banyak faedah penyusuan susu ibu, bukan sahaja untuk anak tetapi untuk ibu juga.

Semua ibu-ibu disarankan untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu sejak lahir sehingga berumur 6 bulan dan seterusnya sehingga mencapai umur 2 tahun. Hal ini juga ada dinyatakan di dalam Al-Quran sendiri iaitu Surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

"Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama 2 TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan..."

Penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan kerana kandungan nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi bagi pertumbuhan bayi dari lahir hingga berumur enam bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi. Makanan pelengkap pula perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan dan ke atas.

Ini juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi. Air atau cecair lain selain susu ibu bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ia mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.

Amalan pemberian air kosong, jus buah atau air teh juga boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi, risiko penyakit dan jangkitan, risiko keracunan air dan kegagalan penyusuan.


Banyak kajian-kajian yang telah dibuat yang menunjukkan banyaknya faedah menyusukan bayi dengan susu ibu. Antaranya ialah:

  • Perkembangan psikomotor
  • Emosi dan sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik iaitu IQ tinggi
  • Kurang risiko diabetes
  • Kurang risiko kanser
  • Kurang risiko jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Sindrom Kematian Mengejut
  • Penghadaman yang mudah
  • Menggalakkan tumbesaran dan banyak lagi.

Selain itu, faedah-faedah untuk pihak ibu pula ialah:

  • Penyusuan susu ibu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari
  • Kurang risiko kerapuhan tulang pinggul di kemudian hari
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Pemulihan fizikal yang cepat selepas bersalin
  • Mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman
  • Pengecutan rahim dengan cepat
  • Kurang risiko pendarahan

Bagi memastikan penyusuan awal dapat dimulakan, lakukan sentuhan kulit ke kulit sejurus sahaja bayi dilahirkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Setelah itu segera menyusukan bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Hal ini telah dipraktikkan di hospital-hospital kerajaan sebagai tanda sokongan pihak kerajaan dalam menggalakkan penyusuan susu ibu.


Antara tanda-tanda bayi ingin menyusu ialah apabila dia menggerak-gerakkan mata, membuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepala untuk mencari payudara ibu, menghisap jari, tangan, selimut, kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. Apabila melihat tanda-tanda ini, segera susukan bayi dan jangan tunggu sehingga bayi menangis.

Semasa hendak mula menyusu, biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur relaks. Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas berasa kenyang tetapi sesetengahnya akan terus menghisap sehingga tertidur.

Antara tips untuk mengeluarkan payudara ibu daripada mulut bayi, masukkan jari kelingking di celah bibir bayi, tekan sedikit untuk mengeluarkan puting payu dara daripada mulut bayi. Susukan bayi pada sebelah payudara sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi. Hal ini adalah untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.


Susuilah bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu, susui dengan kerap pada waktu terluang termasuk waktu malam, perah susu selepas susukan bayi kerana cara ini akan membantu payudara menghasilkan lebih banyak susu dan jangan beri puting kosong kepada bayi kerana ini akan menganggu proses penyusuan susu ibu.

Tetapi, dalam situasi tertentu seperti bayi mengantuk disebabkan pramatang, kuning atau kesan penggunaan ubat semasa proses kelahiran atau payudara ibu terlalu penuh dan ibu berasa tidak selesa, ibu perlu mengejutkan bayi untuk disusukan.

Bagaimana kita ingin tahu bayi mendapat susu yang mencukupi? Tanda-tandanya ialah bayi kerap membuang air kecil (berwarna kuning jernih lebih 6 kali sehari), buang air besar 3 hingga 8 kali sehari (kekerapan berkurang apabila berumur lebih sebulan), sihat dan tidur nyenyak, tona otot yang baik dan kulit sihat serta peningkatan berat badan yang normal.


Mengenai bahaya atau risiko bayi yang tidak diberikan susu badan, bayi tersebut akan mengalami jangkitan seperti pada usus, cirit-birit dan jangkitan sistem pernafasan. Mereka akan turut mengalami ekzema dan lain-lain alahan, keradangan usus besar yang serius bagi bayi pramatang, rendah IQ, diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi, kekurangan zat makanan dan kematian bayi serta kanak-kanak di peringkat awal usia.

Oleh itu, susu ibu amat sesuai untuk bayi dan sentiasa berubah dari hari ke hari, bulan ke bulan mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Bayi dapat mempelajari rasa makanan keluarga melalui susu ibunya.

Sesungguhnya, susu ibu adalah unik dan amat istimewa, mengandungi cecair yang hidup secara aktif dalam melindungi bayi dari jangkitan yang tidak terdapat pada susu formula.


Terima kasih...


Norasyikin Binti Abdul Karim | Email : asyiqin08@gmail.com | WhatsApp/Telegram/sms : 013 697 8184