Wednesday 3 February 2016

Sembuh CIRIT tanpa ubat sintetik

Assalamualaikum...Semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dalam perlindungan Allah.

Hari ni saya nak kongsi sikit testimoni sendiri menggunakan supplemen Peppermint-Ginger Plus dan Performance Drink.

Peppermint-Ginger Plus Shaklee
Performance Drink Shaklee


Baru-baru ni kami sekeluarga keluar makan di luar. Macam-macam la yang kami makan, memang tak ingat, dah sebab semuanya sedap-sedap kan. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya kerana makan tak beringat tu, awal-awal pagi dalam pukul 3 pagi, perut saya dah meragam. Sakit memulas-mulas. Punyalah sakit sampai tertonggeng-tonggeng menahannya. Awal pagi tu berulang ke tandas jelah kerjanya. Punyalah badan rasa letih. Sebab dah tak tahan sangat, kejutkan en. suami, minta tolong urut perut. En. suami pun dengan mai-mai tolonglah urut perut isterinya, kerana sayang sanggup kulakukan apapun kan, hehehe...

Lepas urut tu, adalah rasa kurang sikit. Tapi bila sakit datang semula, rasa nak nangis pun ada. Seksanya Allah jela yang tahu. En. suami ajak ke klinik tapi saya tak nak. Sebabkan taknak pergi klinik dan makan ubat sintetik yang kita tak tahu apa kandungannya tu, saya pun minta en. suami tolong google produk Shaklee apa yang nak makan bila cirit. Google punya google, haa...dapatlah cadangan untuk ambil Peppermint-Ginger Plus dan Performance Drink. Alhamdulillah dua-dua produk tu ada stok kat rumah. Apa lagi, terus en. suami pergi dapur ambilkan 3 biji Peppermint-Ginger Plus bersama segelas Performance Drink. Saya pun makan dan minumlah semua tu. Alhamdulillah lepas setengah jam lebih kurang, sakit perut yang mencucuk-cucuk tu kurang tapi masih lagi la berak-berak. Najis tu macam air dan bau memang tak hingat la busuk yang amat, eee...

Tapi yang pasti, lepas ambil supplement Shaklee tu, dapatlah saya tidur, nyenyak jugalah...

Dalam pukul 6 pagi, bangun untuk solat Subuh. Lepas solat semua, en. suami suruh telan lagi Peppermint-Ginger Plus dan minum Performance Drink. Alhamdulillah dengan izin Allah, berak-berak dah makin kurang, sakit mencucuk dah semakin hilang, badan pun dah makin bertenaga sikit sebab minum Performance Drink kan. Minuman ni kan elakkan kita dari dehidrat dan juga untuk bagi tenaga kat badan kita juga.

Alhamdulillah petang tu sakit ciritku hilang sepenuhnya. Lepas ni, memang kena ada stok 2 benda ni, kalau-kalau cirit datang menyerang, kan kuubati dengan 2 supplemen ni, hehehe...

Moral of the story, makan tu kena beringat dan pastikan kedai yang dipilih bersih! Seeeloknya masak dan makan jer kat rumah, hehehe...Nasib baik, malam tu, saya seorang je yang kena. Kalau suami dan anak-anak juga yang kena, selamatlah semuanya, huhuhu...

Sedikit info berkaitan dua produk ini:
Khasiat Peppermint-Ginger Plus





Kebaikan Performance Drink Shaklee dan Saranan Pengguna
Shaklee Independent Distributor


 
 **********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!