Thursday 10 August 2017

Tips Banyakkan Susu


"Power Pumping Lagi?"

Saya tahu ada yang malu-malu nak tanya,
Tapi tak tahu, tapi mahu tahu..

Macam mana tu?

Power Pumping adalah satu aktiviti yang dibuat untuk meniru bayi menyusu seperti waktu 'growth spurt'. Waktu growth spurt biasanya bayi mahu mengempeng sahaja. Waktu itu, lebih banyak tercetus penghasilan hormon prolaktin yang memberitahu tubuh Si Ibu,

"BUAT SUSU BANYAK LAGI, KEPERLUAN BABY MENINGKAT!"

Bila terbaik nak buat Power Pumping ni?

Mengikut pengalaman saya sendiri, saya suka buat pada waktu tengah malam dan pagi, waktu penghasilan susu lebih banyak dan masa yang diperlukan adalah 1 jam yang tenang tanpa gangguan dan stress.

Macam mana pula nak lakukan Power Pumping?

Gambar Ihsan dari Google

Jika anda mempunyai double pump, 

😍 Mulakan sesi pam 20 minit,

😎 Rehat 10 minit

😍 Sambung pam 10 minit

😎 Rehat 10 minit

😍 Final pam 10 minit

SIAP!

Jika anda mempunyai single pump,

😍 Pam Kanan - 10 minit

😘 Selepas itu pam kiri - 10 minit

Sehingga cukup 1 jam, di selang selikan.

Mudah sungguh!

Sambil pam, berdoalah bersungguh agar Allah perbanyakkan susu supaya cukup buat Si Manja anda. Selain itu pastikan anda mengambil makanan yang seimbang secukupnya dan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter. Anda juga boleh mengamalkan suplemen bagi memastikan tubuh cukup nutrien untuk ibu dan anak...

In shaa Allah, jadi dah tahukan tentang Power Pumping, pastikan share supaya lebih ramai ibu-ibu dan bakal ibu tahu tentang ilmu PP.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184 

No comments:

Post a Comment