Friday 2 September 2016

JUMAAT 29 SEPTEMBER 2016 @ 1 Zulhijjah 1437H

Assalamualaikum pembaca semua...Salam Penghulu Segala Hari dan Salam 1 Zulhijjah 1437H untuk semua. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah...

Dah lama juga saya tak update blog ni...kalau rumah, dah banyak sawang sana sini, hehehe...

Gambar ehsan dari Google

Hari ni buat pertama kalinya saya mula buat GOAL and TARGET. Kata orang jika nak berjaya kena ada target, jangan main redah jer. Agak-agak ada ke orang yang berjaya dengan main redah jer? Kalau ada, jangan lupa kongsi yer, nak tahu la juga kan, huhuhu...

Hasil coaching dari mak Shaklee saya, banyak ilmu yang saya dapat. Untuk berjaya perlukan visi dan perancangan. Bab ini memang lemah sikitlah, tapi sebab nak berjaya juga macam orang lain, akan kuusahakan juga. Bak kata orang Korea, chaiyok, chaiyok!!!

Kepada anda semua, jom kita berjaya sama-sama. Mula lah dengan membuat GOAL and TARGET. Apa yang penting usaha kita untuk berjaya. Berjaya ataupun tidak, semuanya atas KEIZINAN dari Yang Maha Berkuasa, Allah SWT. Dalam membuat matlamat dan sasaran tu, jangan lupa untuk selitkan juga untuk akhirat. Jangan hanya fokus pada dunia saja. Sesungguhnya kehidupan yang kekal nanti adalah di akhirat. Pesanan dan peringatan untuk kita bersama...Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan juga dosa-dosa kedua ibubapa kita, ameen...

Kepada yang membaca entri ini, tolong doakan kejayaan saya yer...saya juga mendoakan anda semua berjaya dunia dan akhirat, InshaAllah...

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca sekalian...

Agen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh dunia

No comments:

Post a Comment