Bagaimana
Terjadinya Keguguran (Abortion)
Sebelum saya menerangkan Set Keguguran Shaklee, apakata ketahui terlebih dahulu apa itu keguguran. Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.
Sebab-Sebab Terjadi Keguguran
Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.
Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.
Kecacatan
struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing
manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh
menyebabkan keguguran.
Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.
Sebab-sebab
yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12
minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu,
masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah
uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak
berupaya menahan tekanan.
Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.
Tanda-Tanda Keguguran
- Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
- Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
- Pendarahan semasa mengandung.
- Perut mengecil secara tiba-tiba.
- Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.
Rawatan
Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
Imunisasi
dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu
mengandung lagi.
Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Set Keguguran Shaklee.
Sekiranya
ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu
dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
Ubat
hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang
hormon.
Tip
Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan
keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi
normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi
rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya
tidak berlaku sebarang komplikasi.
"Set Keguguran Shaklee"
Kandungan Set Keguguran Shaklee adalah seperti berikut:
Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
Vitamin B Complex
berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada
seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran.
Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan
yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari
kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.
VitaLea (Multivitamin)
Vitalea sangat penting
untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat
diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya
dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling
diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang
hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
Vitamin C
Vitamin C mengandungi
elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan
penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan
imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen,
menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan
dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan
mengurangkan stretch marks dan parut.
Zink
Zink paling penting
dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan
tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya
sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah
kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan
pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh
itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet
adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan
seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami
isteri selepas tempoh keguguran.
ESP – Susu Soya Protein
ESP Susu Soya Protein pengambilannya
sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan
kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan.
Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.
Ostematrix (Kalsium)
Ostematrix adalah
kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi
menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di
kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur
dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan
kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi
serta kerapuhan tulang.
Kesimpulannya Set Keguguran Shaklee diakui
dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan
dalaman yang optimum. Selain itu, Set Keguguran Shaklee juga berfungsi
sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang
berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang
kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang
berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki
dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.
PM di Facebook: Syikin Karim
InShaaAllah tawaran harga diberikan adalah yang terBAIK.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184
Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184
No comments:
Post a Comment