Assalamualaikum...
Sekarang negara kita dilanda musibah jerebu yang sangat teruk. Ianya telah berlarutan berbulan-bulan lamanya. Jom sama-sama ambil tahu apakah itu jerebu dan kesan-kesannya ke atas kesihatan manusia dan bagaimana untuk kita mengatasinya. Info ini diambil dari website MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti
udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang
akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran
konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan
menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan
kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa
jerebu termasuk:
- Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
- Ozon
- Gas karbon monoksida
- Gas nitrogen dioksida
- Sulfur dioksida
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk
berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk
menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam
pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU:
Nilai IPU
|
Status Kualiti Udara
|
Diskripsi
|
0 hingga 50
|
Baik
|
–
|
51 – 100
|
Sederhana
|
–
|
101 – 200
|
Tidak sihat
|
Kumpulan berisiko
mungkin akan terjejas
|
201 – 300
|
Sangat tidak
sihat
|
Orang ramai
terjejas
|
Lebih daripada
300
|
Bahaya
|
Orang ramai
terjejas
|
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kumpulan yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko
mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih
tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
- Kanak–kanak
- Warga emas
- Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
- Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
- Perokok
Pencegahan : mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan
kesan jerebu kepada kesihatan.
- Kurangkan aktiviti luar.
- Jangan merokok.
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
- Dapatkan nasihat perubatan.
- Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
- Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Cadangan Vitamin Shaklee
Ini pula cadangan Shaklee Malaysia : vitamin-vitamin yang perlu semasa jerebu
Jika berminat dan ingin mendapatkannya dengan harga yang terBAIK, hubungi saya di
PM di Facebook: Syikin Karim
Terima kasih kerana sudi membaca.
Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184
Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184
No comments:
Post a Comment