Assalamualaikum...
Jom ikuti kisah sideline saya yang dikongsikan di dalam group bisnes Whatsapp kami.
ESP TEMAN RAPAT KETIKA SIBUK MENGURUSKAN RUTIN HARIAN
=======================================================
Happy weekend!
Hari ni giliran saya untuk berkongsi shaklee effect.
Saya Wan Nur Azura binti W Yahya. Umur 34 tahun. Bermula bisnes shaklee pada tahun 2016.
Soy Protein Isolate Powder (ESP) banyak membantu saya dalam menjalani kehidupan yang sibuk setiap hari.
Saya seorang engineer. Bekerja di company oil n gas. Sebuah company yang kecil sahaja. Tidak mempunyai pekerja yang ramai. Oleh sebab itu, task kerja saya setiap hari sangat banyak. Multitasking. Dari buat proposal, meeting, order barang, packing barang, hantar barang, installation, semua kena buat.
Saya seorang isteri pada seorang suami yang bekerja shift. 12jam setiap kali kerja. Saya balik kerja, dia baru nak keluar kerja. Saya keluar kerja, dia baru balik kerja. Ini adalah normal dalam kehidupan kami.
Saya seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dua laki laki. Seorang perempuan. Jarak antara mereka agak rapat. Yang sulung 4 tahun, kedua 3 tahun dan si bongsu 9 bulan. Ketiga tiga sangat manja dengan saya.
Rutin harian saya sangat sibuk setiap hari. Bangun pagi nak siapkan diri dan anak anak, nak hadap peel diorang lagi. Kadang kadang masa terbazir untuk menyiapkan diorang je.
Sarapan pagi memang tak sempat nak buat pun. Nasib ada ESP. Sarapan pagi yang sangat mudah untuk disediakan. Dapat la alas perut sebelum betul betul breakfast di opis.
ESP sekali lagi membantu ketika saya pulang dari kerja. Dengan badan yang letih, menghadap jem yang lama, melayan kerenah anak dalam kereta. Kadang kala membuatkan saya tersangat lapar.
Wajib untuk saya membancuh ESP sesampainya di rumah. Selain untuk perut yang lapar, ia juga membantu dari segi emosi. Perut tak lapar tak de la emosi nak marah marah. Nanti anak yang jadi mangsa. Kesian.
Hingga kini ESP menjadi teman rapat. Mengenyangkan. Dan memberi tenaga berpanjangan.
No comments:
Post a Comment