Tuesday, 8 November 2016

Kelas Online: NIAT dan TARGET

Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan untuk ikuti kelas di bawah gabungan individu-individu hebat yang membuat bisnes dalam Surijunior. 

Group ini dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang terdiri daripada mentor-mentor hebat di dalam organisasi Surijunior.

Sharing malam ini mengenai NIAT dan TARGET. Dikendalikan oleh Senior Coordinator Syaheera Young Rockie yang lebih dikenali sebagai Syeera.

Senior Coordinator Syaheera Young Rockie

"Puan Syaheera Young Rockie tinggal di Terengganu berusia 27 tahun.

Anak ke 2 dari 5 beradik . Syeera memiliki Ijazah sarjana muda farmasi dan kini dalam proses membuka farmasi milik sendiri dengan modal dari bisnes Shaklee

Belum sampai setahun berbisnes Shaklee, beliau telah mencapai income 5 angka sebulan.

Wanita muda ini menafikan usia diri dan usia bisnes adalah kayu pengukur kejayaan.

Siapa pun boleh berjaya asal ada kesungguhan dan kegigihan".

Jom baca isi perkongsian Puan Syeera.

Kupasan pertama beliau mengenai NIAT kita untuk buat bisnes Shaklee. Pada awalnya ramai yang memilih untuk jadi kaya. Tapi niat ini tidak akan bawa kita ke mana-mana sebab bila tak kaya, maka dengan mudah kita akan cepat goyah dan akhirnya menyerah kalah.

Jadi niat yang paling berkesan ialah niat kita hendak membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Niat untuk mulakan bisnes

Testimoni cikgu setelah mengguna set kurus

Kupasan kedua berkaitan dengan TARGET. Ianya menggunapakai formula S.M.A.R.T.. Apa itu S.M.A.R.T.?

Formula SMART

Setiap apa yang kita lakukan perlukan TARGET. Seseorang tidak akan berjaya jika tiada target. Tak percaya, cuba tanya orang-orang hebat yang berjaya. Dalam hidup dorang ada target ke tak. Mesti jawapannya ADA!
Set target kenalah dengan lebih detail

1. S - SPECIFIC

Untuk ini, kita perlu gunakan formula 6W, 1H.

Specific - 6W 1H

Who? Siapa yang nak capai target tu? Kita dan group kita!

What? Apa yang nak dicapai? Nak jadi master!

Where? Dimana kita nak capai? Mestilah di dalam Shaklee! Dalam diri kita.

When? Kena ada time frame - Sv in 1 month? Nak Senior SV terus 1 month? Nak SID 5 tahun?

Which? Ni kena identify apa requirement dan halangan yang ada. Contoh: Halangan takde masa? Ni bukan halangan, masa itu sama untuk setiap masa. Kena cari masa! Allah bagi 24 jam, kita duk bagi alasan "takda masa". Memang betul-betul Allah akan sempitkan masa kita sedangkan cukup 24 jam Allah bagi sebenarnya.

Why? Apa sebab untuk dapatkan target kita? Untuk mak abah, untuk anak-anak, untuk diri sendiri. Itulah big why yang akan buat kita lebih semangat sepanjang berbisnes. Kalau down, ingat balik anak-anak. Ingat balik mak abah. Kita buat untuk dorang!

2. M - Measurable

Kira progress kita untuk capai target tu!

Kena bijak! Kalau nak 3000uv, bahagi 30 hari, jadi sehari kena dapat 100uv. Kalau takde sale sehari kena gelabah. Korek la tang mana pun, kena cari sale.

3. A - Attainable

Boleh capai ke target tu? Untuk capai target, kena develop attitude, kebolehan dan skill.

Contoh: Nak Sv bulan n, iklan kena mantap. Hari-hari wajib at least post iklan. Kalau banyak lagi bagus. 

Iklan jangan too hard selling. Orang menyampah. Tu kena belajar la...Iklan kena lebih kepada soft selling...bercerita...

Iklan
Doa
Dhuha
Sedekah
Usaha

4. R - Realistic

Realistic tak target kita? Target kenalah yang achievable dan realistic, baru boleh capai.

Contoh:
Sv in one month realistic ke tidak? Logik!
Master in 2 month? Tak logik!

Aim high target tapi kena realistik.

5. T - Timely

Time frame kena ada. Nak sv tapi tak tahu timeline, nanti sampai bila-bila tak naik sv, huhuhu...


Revise target sekiranya perlu

Revise target sekiranya perlu


Ok sampai sini saja perkongsian mengenai kelas semalam. Lepas ni, yang penting, kena amalkan ilmu yang ada ni, kena bertindak! Baru boleh berjaya.

Siapa nak berjaya, kena ingat formula ni. Kena ada target yang S.M.A.R.T

Siapa nak berjaya, mesti ada mentor.

Siapa nak berjaya, mesti ada ketekunan.

Terima kasih Puan Syeera sudi jadi cikgu dan berkongsi dengan kami ilmu ini.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Salam kasih sayang dari saya untuk pembaca sekalian...
Agen Shaklee Meru, Klang, Setia Alam, JB dan seluruh Malaysia

Salam sayang dari SID kesayangan anda❤
Syikin Karim | 013 6978184

No comments:

Post a Comment