Tuesday, 8 December 2015

Kebaikan Shaklee Collagen Powder | Kelebihan Kolagen

Suka tak tengok kulit baby ? Gebu je kan, siap halus mulus lagi. Macam tu lah kulit kita  masa kita bayi dulu. Tapi itu dululah ngeee. Apabila usia semakin meningkat, kulit kita semakin kurang elastisiti dan semakin kendur. Ini disebabkan oleh satu unsur yang dinamakan kolagen.

Mengapa ini terjadi dan apa kaitannya dengan kolagen pula ?
Kolagen atau collagen adalah sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong tisu tisu badan kita bagi mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit. Semasa kita bayi, kandungan kolagen adalah sangat tinggi, sebab itulah kulit bayi lebih anjal dan cantik. Tapi apabila usia kita melewati 25 tahun dan ke atas,  penghasilan  kolagen semakin berkurangan. Bila kurang, tiada apa yang menyokong tisu badan kita tadi. Lama kelamaan , kita boleh nampak adanya kedutan di tepi mata, tangan dan kaki. Cuba tengok nenek, datuk kita, boleh nampak adanya kedutan yang ketara pada tangan dan muka mereka kan. Itulah tandanya badan kekurangan kolagen.

Kolagen berkurangan secara drastik selepas umur 25 tahun
Jadi, kalau kolagen dah semakin berkurang dalam badan, macam mana nak buat? Habislah kulit jadi tidak cantik lagi lepas ni!!! Jangan risau, kita masih boleh ambil kolagen tambahan dari sumber luar contohnya seperti Collagen Powder Shaklee. Kolagen ini bukan sebarang kolagen tau, tapi dihasilkan daripada sumber yang tahan lasak. Khas untuk menampung kehilangan kolagen dari tubuh kita akibat pertambahan usia. Sebab itulah ia dikatakan antara produk kolagen terbaik.

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Keunikan Kolagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan
Jika amalkan secara konsisten, hasilnya memang lumayan! Anda akan perasan perubahan pada tekstur kulit. Yang paling nampak pada mukalah kan. Ini antara testimoni pengguna yang telah amalkan Shaklee Collagen Powder

Nampakkan sebelumnya ada pigmentasi, kulit kusam dan nampak kasar. Tapi selepas itu tona kulit lebih sekata, lebih gebu dan halus! Bintik bintik hitam pun sudah tiada lagi.  

Testimoni Pengguna Collagen Powder Shaklee
Bukan itu saja, ada yang rambut kembali sihat dan tidak gugur lagi, perut semakin slim dan body yang semakin mantop!

Disebabkan ramai yang bertanya tentang Collagen Shaklee ini, jadi saya kumpulkan soalan-soalan tersebut dan saya letakkan dalam satu senarai FAQ seperti di bawah. Lebih senang dan mudah untuk dijadikan rujukan oleh para pembaca sekalian.

1. Collagen Shaklee ini Dihasilkan Daripada Apa?

Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga  ditambah dengan tujuh bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B untuk meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder Bertindak Dalam Tiga Cara

2. Mengapa Sisik Ikan Merah Laut Dalam?

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.
Kolagen Shaklee Powder diambil dari Sisik Ikan Merah

3. Apakah Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder?

Selain daripada kelebihan kolagen Shaklee yang tahan lasak, kebaikan lain ialah molekul kolagen  juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Bila mudah diserap, maknanya kesannya juga maksimum. Ada yang mengadu, dia sudah makan kolagen jenama lain tapi tak nampak kesan. Mengapa? Sebab kolagen yang biasa, molekulnya besar dan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akhirnya di buang saja. Rugikan?

Collagen Shaklee juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary” menjadikan kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat.

Jisim Molekul Rendah Memudahkan Proses Penyerapan

4. Sekotak ada berapa? Tahan berapa lama?

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul-betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari. Ini bermakna sekotak kolagen ini boleh tahan sehingga sebulan.

5. Macam Mana Cara Nak Makan Collagen Shaklee ni?

Ia dalam bentuk serbuk yang didatangkan dalam sachet (uncang). Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum. Boleh juga dilarutkan dalam kordial mahupun jus. Sedap diminum sejuk sejuk. Selain itu, boleh dijuga dimasukkan terus ke dalam mulut, kunyah-kunyah. Rasanya seperti mengunyah nestum atau bijirin.




6. Berapa Harga Sekotak?

Harga runcit sekotak dengan GST ialah RM315. Namun jika anda mendaftar sebagai ahli, anda boleh mendapatkan dengan potongan harga sehingga 20%. Selain itu, anda juga layak mengumpulkan point dan jika point anda mencukupi, anda layak medapatkan cash back dari Shaklee. Untung kan???


7. Kenapa Mahal Harganya?

Mahal kerana collagen powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper) yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk collagen ikan merah ini boleh mencecah ke rm400-500.  Tapi di Shaklee hanya bernilai RM315!

Tambahan pula ia diadun dengan bahan-bahan semulajadi lain yang telah diuji keberkesanannya pada kulit manusia. Memang dijamin SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN! Itu jaminan SHAKLEE !

8. Berapa lama nampak Kesan?

Kesan collagen powder Shaklee berbeza-beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 sudah merasa kulitnya lembap. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada  ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.

Antara kesannya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.

Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi di hadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu!

Statistik Kesan Collagen Powder Shaklee

9. Bolehkah Shaklee Collagen Powder untuk ibu Hamil / Menyusu?

Buat masa ini, belum ada kajian khusus akan kesan Collagen Powder Shaklee jika diambil oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Jadi golongan ini tidak digalakkan untuk mengambilnya sebagai minuman. Namun, jika ibu yang breastfeed masih mahu juga mencuba, ia atas risiko sendiri. Selain untuk dimakan, ia boleh dijadikan sebagai masker dimuka.

10. Ada yang trial pack tak?

Tiada. Kalau ada pun anda tak kan rasa kesannya kalau hanya makan setakat 1,2 sachet. Ini kerana badan kita memerlukan masa 90 hari untuk memperbaiki sel selnya sendiri. Jadi kalau 1,2 sachet memang tidak mencukupi untuk dapat kesannya.

11. Macam Mana Nak Beli Collagen Powder Shaklee?

Jika ada sebarang soalan lain, boleh ajukan terus kepada saya. InshaAllah saya  sedia membantu anda pada bila-bila masa. Kalau nak tanya-tanya dulu pun boleh.

Semoga terus kekal sihat dan cantik jelita dengan Collagen Powder Shaklee yang marvellous ini!



**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 1 December 2015

Jom Kenali Lecithin Shaklee

Assalamualaikum...Semoga kita semua sentiasa sihat supaya dapat beribadah dengan lebih sempurna, ameen...

Kali ini saya nak kongsi tentang salah satu supplemen Shaklee iaitu LECITHIN...Lecithin Shaklee adalah supplemen yang SANGAT PENTING untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan selamat...



Untuk pengetahuan anda, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya bukan daripada haiwan. Sebiji kapsul Lecithin Shaklee adalah seberat 530mg dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kita memerlukan 4000mg sehari untuk ia berfungsi membakar/mengemulsikan lemak-lemak di dalam badan kita.

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tersebut ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Kenapa kita perlukan Lecithin ni untuk menurunkan berat badan?

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia; tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. Jadi khasiatnya boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung serta biji kacang soya…Dan tahukah anda?? Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin!



Jom kita singkap lagi 13 kelebihan Lecithin Shaklee yang berasaskan kacang soya ini

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung serta arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.
  • Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka dan perlukan Lecithin? Kerana ia bertindak mengemulsikan lemak iaitu memecahkan lemak. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa Lecitin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, bahan-bahan tambahan makanan, racun perosak, dan lain-lain.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat…jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ini kurang efisien. Sebab itu mereka-mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.
  • Lecithin, bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE.. BILE ini fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dalam badan.
Jangan tunggu-tunggu untuk mencuba. Jom bakar lemak-lemak yang ada dalam badan dengan Lecithin Shaklee! InShaaAllah kita cuba yang terbaik, mudah-mudahan Allah memberikan keizinan dalam memberikan kesan yang terbaik!

PM di Facebook: Syikin Karim

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Friday, 23 October 2015

Apa itu Ostematrix Shaklee?


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT


1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis


Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-
  • Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
  • Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  • Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
  • Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan

TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?


Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

BANDINGAN OSTEMATRIX SHAKLEE DENGAN BRAND-BRAND LAIN



Harga lebih jimat jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Hanya RM ** sahaja untuk menikmati potongan harga produk Shaklee sehingga 30% dan boleh mengumpul bonus $$$ setiap bulan!




Berminat? Untuk Info dan Order:

PM di Facebook: Syikin Karim

InShaaAllah tawaran harga diberikan adalah yang terBAIK!!!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Set Keguguran Shaklee Bagus Untuk Merawat Ibu Hamil Yang Keguguran

Bagaimana Terjadinya Keguguran (Abortion)

Sebelum saya menerangkan Set Keguguran Shaklee, apakata ketahui terlebih dahulu apa itu keguguran. Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.


Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.

Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.
Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.

Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.
Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.

Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.



Tanda-Tanda Keguguran
  1. Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  2. Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  3. Pendarahan semasa mengandung.
  4. Perut mengecil secara tiba-tiba.
  5. Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.


Rawatan

Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.

Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Set Keguguran Shaklee.
Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.

Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.

Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.

Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.


Tip
Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.


"Set Keguguran Shaklee"

Kandungan Set Keguguran Shaklee adalah seperti berikut:


Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

VitaLea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

Zink

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.

ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. 


Kesimpulannya Set Keguguran Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Set Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya. 


Berminat!! untuk mendapatkan Set Keguguran Shaklee sudi-sudikan hubungi

PM di Facebook: Syikin Karim

  
InShaaAllah tawaran harga diberikan adalah yang terBAIK.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Tuesday, 20 October 2015

ESP Sangat Bagus Untuk Pesakit Diabetes

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah.

Jika berlaku masalah ini, gula yang terdapat dalam badan kita ini tidak dapat ditukar menjadi tenaga untuk kegunaan sel menyebabkan badan merasa lemah dan sel-sel dalaman ini akan rosak.

Pesakit diabetes ini biasanya disarankan untuk mengikuti diet yang mempunyai indeks glisemik yg rendah



Indeks Glisemik ini bermaksud macam mana tahap pelepasan karbohidrat itu dalam darah dan ditukarkan menjadi glukosa.

Lagi rendah GI ini, lagi perlahan gula tu dilepaskan dan dicerna menjadi glukosa.



Supplemen dalam Shaklee yang memenuhi kriteria ini adalah ESP.

ESP ini bukan ubat tetapi supplemen tambahan untuk mengawal kenaikan gula dalam darah.

Nilai GI untuk ESP ini adalah 39 menjadikannya ia sangat-sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan juga yang hendak menguruskan badan dengan diet yang seimbang juga, bukan bila sudah minum ESP boleh bantai semua jenis makanan ye sebab ESP ini bukan ubat, cuma ianya adalah supplemen untuk memperbetulkan keadaan kimia dalam badan sahaja.

Kajian juga mendapati pesakit diabetes yang mengikut diet rendah GI selama 6 bulan dapat mengawal gula dalam darah dengan baik dan dapat mengurangkan penyakit lain seperti stroke dan jantung.

GI yang rendah juga membantu anda untuk kurus juga sebab bila GI rendah, kita boleh rasa kenyang lebih lama. Protein ini juga akan membentuk otot kita supaya lebih efisien dalam pembakaran lemak.

ESP juga sangat digalakkan untuk wanita yang mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM) a.k.a Kencing Manis Semasa Mengandung.

Jika berminat untuk menCUBA ESP ini, hubungi saya di

PM di Facebook: Syikin Karim


InShaaAllah tawaran harga diberikan adalah yang terBAIK.
 
Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Monday, 19 October 2015

USIANYA 100 TAHUN!!!

Kandungan ini diambil dari page nenek Shaklee saya: Master Iffah Anuar

USIANYA 100 TAHUN!



Eh, Ye Ke?

Saya juga mula-mula kurang percaya
Tetapi bila saya explore,
Saya kaji sejarahnya..
Kagum! Benarlah alam ciptaan Allah
Ini banyak memberi manfaat

Sahabat,
Hari ini BDM Khairul berkongsi
Kisah, bagaimana tercipta
Vitamin PERTAMA di dunia.

Al kisahnya,
Lahirlah seorang bayi lelaki
Bayi milik sepasang suami isteri
Disahkan oleh doktor,
Bayi ini menghidap tuberculosis
Dijangka hayatnya, sehingga umur 8 tahun

Pasangan ini,
membawa pulang bayinya
Ke kampung halaman di Iowa
Mula bercucuk tanam,
Memulakan hidup dengan pemakanan organik
Maka hasilnya anaknya dapat
Meneruskan kelansungan hidup
Bayi itu ialah Dr Forest C. Shaklee.

Terima kasih Allah kerana
Memberi ilham kepada Dr Shaklee
Kerana menghasilkan satu formula sayuran
Yang diextract mineral dan khasiatnya
1915, terhasilnya VITAMIN pertama dunia.

"Vitalized Minerals" itula namanya.
Dari situ datangnya asal nama VITAMIN.

Kini sudah berusia 100 tahun
Usianya lebih tua dari usia saya.
Masih relevan.
Masih dicari.
Masih menjadi pilihan No #1

Sahabat,
Ini bukan omongan kosong
Jauh lagi untuk berbangga
Hanya berkongsi kajian hebat yang telah dibuktikan
Bacalah dan lihatlah hasilnya
Shaklee Landmark Study: http://www.ninjapah.com/landmark-study.html

Sahabat,

Bulan ini bulan terakhir,
Meraikan 100 tahun usianya..
Diberi PERCUMA
Ya PERCUMA...
Bagi mereka yang mendaftar sebagai
AHLI SHAKLEE.

Jadi saya seru, ambillah peluang hebat ini
Sertailah Shaklee hari ini.


Jika berminat, hubungi saya di



PM di Facebook: Syikin Karim


Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Alfalfa Complex


Perbezaan Shaklee

Alfalfa  Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.


Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuksebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kayadengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripadaalfalfa akan menghapuskan lemak, megurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Mencegah / merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee
  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa period.
  • Membantu Merawat arthitis
  • Membantu Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu masalah keputihan pada wanita.
  • Membesar dan menegangkan payudara.
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  • Memulihkan urat selepas bersalin.
  • Milk booster
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Membantu Melegakan masalah sembelit

Jika berminat dan ingin mendapatkan Alfalfa ini pada harga yang terBAIK, hubungi saya di


PM di Facebook: Syikin Karim


Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Monday, 12 October 2015

Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum...

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dan memberikan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah kita kepadaNya, ameen...

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda apakah itu ESP, manfaatnya dan kenapa pentingnya protein untuk badan kita. Jom baca artikel ini.

Perbezaan Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal tahun 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi  yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.



Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat Utama
  • Awet Muda - Asid Amino yang penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik Untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Kepentingan Protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. 


Kekurangan protein 
  • Menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit
  • Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
  • Kehilangan kepejalan otot
  • Perubahan warna rambut
  • Bantut pertumbuhan
  • Masalah penghadaman
  • Masalah penghasilan darah dalam hormon
  • Dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino

Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber makanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

Shaklee menggunkan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Jika berminat dan ingin mendapatkan ESP ini dengan harga yang terBAIK, hubungi saya di

PM di Facebook: Syikin Karim



Sekali cuba, PASTI anda akan jatuh cinta, InShaaAllah...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184

Friday, 9 October 2015

Omega Guard Shaklee

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard  adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.


Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.


Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri  yang sangat toksik).


Kenapa ikan laut air dalam?


Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.


Perbezaan Shaklee:

1.  Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.

2.  Ketulenan yang tinggi kerana ianya melalui proses penyulingan tiga molekul

     a.   Menyingkirkan logam berat dan pencemaran lain

     b.   Mengurangkan proses oksidasi dan trans-lemak

     c.   Mengurangkan bau dan rasa ikan

3.  Keberkesanan juga tinggi kerana mempunyai kandungan EPA & DHA yang lebih tinggi





Fungsi Omega 3
  •  Otak bayi mengandungi 70% asid lemak omega-3 – DHA & EPA
  •  Ianya penting untuk perkembangan otak dan penglihatan awal bayi

Manfaat utama:
  • Asid lemak – omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori -DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan tetina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.
  • Meningkatkan system imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser – kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (Playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.


Sendawa bau hanyir ikan?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.

Siapa yang patut mengambil minyak ikan? Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Kandungan Omega Guard Shaklee vs lain-lain brand:
 

Set Berkait dengan Omega Guard

– Set Kanak-Kanak Shaklee
– Set Penyusuan Shaklee
– Set Kurus Shaklee
– Set Hamil Shaklee

Jika berminat dan ingin mendapatkan Omega Guard ini dengan harga yang terBAIK, hubungi saya di

PM di Facebook: Syikin Karim



Anda pasti tidak menyesal, InShaaAllah...


Terima kasih kerana sudi membaca.
 

Salam Kasih Sayang,
Syikin | 013 697 8184