Monday, 18 January 2016

Vitamin C Shaklee

Pengenalan

Badan kita mampu melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C. Vitamin C adalah nutrien yang membantu dalam pembangunan dan penyelenggaraan tulang, tulang rawan, gigi, dan gusi, dan juga membantu dalam pembentukan tisu penghubung dan penyembuhan luka. Shaklee mengeluarkan 2 bentuk vitamin C iaitu dalam bentuk Sustained Release dan Chewable formula. Vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang membantu melindungi daripada radikal bebas yang merosakkan.

 

1. Vita-C 500 Sustained Release

Sustained Release Vita-C Plus 500mg
  • Formula Vitamin C yang berpotensi tinggi dalam membantu metabolisme lemak dan protein badan kita dan menyokong kesihatan tulang, tulang rawan, gigi, dan gusi.
  • Proprietari sistem berterusan-siaran menyampaikan vitamin C bersamaan dengan 1.5 oren setiap jam selama lima jam

2. Vita-C 100 Chewables
Chewable Vita-C Plus 100mg
 

  • Sesuai untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan tablet
  • Rasa sitrus/oren yang sedap


Perbezaan Shaklee

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Manfaat Utama

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.
  • Memerangi Kanser - la adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. la juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Amaran!

  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
  • Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.

 

Adakah Anda Tahu ?

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri, seperti, arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik. Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablets) hingga 10,000mg (20 tablets) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.

 

Vitamin C yang Memadai dari Buah ?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.


Cadangan

Vita-C 500 Sustained Release
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali setiap hari, 2 tablet setiap kali (selepas makan)
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit: 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali 

Vita-C 100 Chewables
Dewasa: 3-4 tablet sehari
Kanak-kanak: 1-2 tablet sehari 


**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! 

Friday, 15 January 2016

PRODUK

Set Kesihatan Keluarga (Family Health Wellness)
1. Vita-Lea (Multivitamin)
2. B-Complex
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. ESP Soy Protein
5. Vita_lea for Children

Set Protein Untuk Tumbesaran (Growth)*
1. Meal Shakes
2. ESP Soy Protein
3. Performance Natural Orange - menggantikan air yang hilang dalam badan, seperti minuman isotonik, juga sesuai untuk para jemaah yang mengerjakan umrah dan haji

* terutama untuk kanak-kanak, pesakit selepas pembedahan, aktif bersukan, berpuasa, mereka yang sibuk (tidak sempat mengambil sarapan)

Set Kulit Cantik / Antioksidan / Antipenuaan
1. B-Complex
2. Sustained Release Vita-C Plus
3. Vita-E Complex
+ ESP Soy Protein
+ Vivix
+ Nutriferon

Set Untuk Kecerdasan Minda (Khas untuk Pelajar/Eksekutif)
1. B-Complex
2. Lecithin
3. Ostematrix
4. Omega Guard
5. ESP Soy Protein
6. Cinch Tea Mix

Set Untuk Kesihatan Penghadaman
1. ESP Soy Protein
2. Alfalfa Complex
3. Herb-Lax
4. Peppermint Ginger Plus - Baik untuk senak perut/angin

Set Kawalan Gula
1. Vita-Lea (Multivitamin)
2. Sustained Release Vita-C Plus
3. GLA Complex
4. Zinc Complex
5. Alfalfa Complex
6. ESP Soy Protein

Set Kesihatan Peredaran Darah / Jantung
1. Omega Guard
2. Vita-E Complex
3. Lecithin
4. Garlic
5. Alfalfa Complex
6. ESP Soy Protein

Set Resdung / Alergik / Asthma / Enzema
1. B-Complex
2. Sustained Release Vita-C Plus
3. Alfalfa Complex

Set Pertahanan Badan
1. Nutriferon
2. Sustained Release Vita-C Plus
3. Zinc Complex
4. Garlic

Set Kelangsingan
1. Lecithin @ Omega Guard - untuk pemecahan lemak
2. Herb-Lax @ Alfalfa - untuk detoks
3. Cinch Shake Mix - untuk mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan
4. Cinch Tea Mix - meningkatkan tenaga, ketahan badan dan mengurangkan rasa mengantuk dan lapar
3 & 4 - optional ESP Soy Protein

Set Super Detoks
1. Alfalfa Complex
2. Garlic
3. DTX Complex (detoks untuk hati)

Set Revitalizing (khas untuk kesihatan hati)
1. DTX Complex
2. Nutriferon

Set Flawless Beauty
1. Sustained Release Vita-C Plus
2. Collagen Powder
3. Vivix

Set Untuk Kesihatan Lelaki
1. Omega Guard
2. Vita-E Complex
3. Zinc Complex - memperbaiki masalah prostat lelaki

Set Untuk Kesihatan Wanita

1. GLA Complex
2. Ostematrix
3. Omega Guard
4. Zinc Complex - Ovulasi wanita

Set Penjagaan Dalaman Wanita
1. Vita-E Complex
2. Alfalfa Complex

(Trimester I - Untuk Wanita Mengandung)
1. Vita-Lea (Multivitamin)
2. B-Complex - mengandungi asid folik
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. Ostematrix

(Trimester II - Untuk Wanita Mengandung)
1. Vita-Lea (Multivitamin)
2. B-Complex - mengandungi asid folik
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. Ostematrix
5. Omega Guard

Set Berpantang / Pembedahan*
1. Vita-Lea (Multivitamin)
2. B-Complex
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. Zinc Complex*

Set Ibu Menyusu (3M)
1. Vita-Lea (Multivitamin)
2. B-Complex
3. Sustained Release Vita-C Plus
4. Alfalfa Complex
5. ESP Soy Protein
6. Ostematrix

 

CARA PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Secara UMUM (Credit to Hafsah Mardhiah)

Biasanya maksimum pengambilan ada ditulis di botol vitamin tetapi dos boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna.

Kebiasaan vitamin boleh diambil pada bila-bila masa asalakan selepas makan dan tidak bertembung dengan vitamin-vitamin tertentu. Tetapi ada juga sesetengah vitamin sahaja yang memang kita cadangkan waktu pengambilannya.

Untuk vitamin yang sama, cara pengambilan mungkin berbeza-beza mengikut kes.

Di bawah adalah cadangan umum untuk pengambilan vitamin Shaklee. Ianya boleh diubah mengikut kesesuaian.

Advance Joint Health Tablet - 2 biji sehari selepas makan (1 biji selepas sarapan & 1 biji selepas makan malam).

Alfalfa Complex - Maksimum pengambilan 10 biji sehari selepas makan. Untuk ibu menyusu boleh cadangakan 2-3 biji sahaja dalam sehari. Jika susu masih kurang dan untuk boost susu, tambah 1 biji setiap kali selepas pam. Lepas tu tambahkan sikit-sikit. Untuk kegunaan biasa, 2-3 biji sehari dah cukup. Untuk diet boleh ambil 5 biji sehari.

B-Complex - 1 biji selepas makan (Selepas sarapan / makan tengahari kerana vitamin ini memberikan tenaga. Tidak digalakkan pengambilan pada waktu malam kecuali mereka yang bekerja waktu malam). Kalau under lots of stress, boleh makan 2 biji (1 biji pagi & 1 biji tengahari). Maksimum pengambilan 4 biji sehari. Kanak-kanak umur 9 tahun ke atas sudah boleh ambil vitamin ini, 1 biji sehari sahaja sebab pelajar sangat-sangat memerlukan vitamin B-Complex.

Chewable Vita-C Plus 100mg - Selepas makan. Kanak-kanak: 1 biji sehari, Dewasa: 3-5 biji sehari.

Collagen Powder - 1 sachet sehari sebelum tidur.

DTX Complex - 1-2 biji sehari selepas makan.
   
ESP Soy Protein - Maksimum 3 sudu besar sehari. Boleh bancuh dengan apa-apa minuman seperti susu, milo, jus (klik sini untuk resipi). Jangan guna air panas sebab protein rosak dalam suhu yang tinggi. Untuk ibu mengandung dan menyusukan, 1-2 sudu besar sehari sudah cukup. Untuk kanak-kanak, setengah atau satu sudu besar sahaja.

Garlic - 2 biji sehari selepas makan.

GLA Complex - 1-2 biji sehari. 1 biji selepas makan.

Herb-Lax - 2-4 biji, 2-3 kali seminggu sebelum tidur malam.

Lecithin - Untuk kurus, 6 biji sehari selepas makan (3 biji selepas makan tengahari & malam ATAU 2 biji selepas sarapan, makan tengahari dan malam). Untuk kecerdasan otak, rambut yang cantik: 1-2 biji sehari. Kanak-kanak 9 tahun ke atas boleh ambil 1 biji untuk perkembangan otak. Boleh diambil bersama Omega Guard juga.

Meal Shakes - Dewasa: 1-2 sudu besar sehari. Kanak-kanak (kecil): Setengah sudu teh. Kanak-kanak (besar): 1 sudu teh sehari. Bancuh dalam apa jua minuman sejuk/suam sahaja sebab protein akan rosak dalam suhu yang panas.

Nutriferon - 1-2 sachet seminggu untuk tingkatkan imunisasi atau boleh ambil bila perlu sahaja iaitu ketika sakit, demam - 1 sachet pagi dan/atau 1 sachet malam hingga sembuh.

Omega Guard - Ibu hamil / menyusu: 1 biji sehari selepas makan. Orang biasa atau yang nak kurus, ambil 3 biji sehari. Kanak-kanak (1-3 tahun): 1 biji, 2-3 kali seminggu. Kanak-kanak yang lebih besar, 1 biji sehari.

Ostematrix - 2-4 biji sebelum tidur. Ini keranan masa tidur adalah masa yang paling lama kalsium boleh ada dalam badan. Biasanya 2 biji sehari sudah mencukupi. Tapi kalai orang yang langsung tidak minum kalsium, boleh ambil 4 biji. Bagi yang ada sakit pinggang/belakang yang teruk boleh juga ambil 4 biji untuk hilangkan kesakitan itu.

Performance Drink - Boleh ambil berapa banyak dan bila-bila masa. Ia macam air isotonik 100 plus. Untuk bulan puasa, boleh ambil 1 sudu besar masa sahur dan 1 sudu besar masa berbuka.

Sustained Release Vita-C Plus 500mg - 1 biji selepas makan kecuali untuk orang yang sakit teruk, pesakit resdung teruk boleh ambil 2 biji setiap hari. Kalau demam pun boleh ambil 2 biji. Cara pengambilan, patahkan dua supaya proses penyerapan lebih cepat.

Vita-E Complex - 1 biji selepas makan. TIDAK BOLEH ambil dengan Vita-Lea, Alfalfa Complex dan GLA bersama kerana ianya akan mengganggu penyerapan Vitamin E.
            
Vita-Lea - 1 biji selepas makan. Boleh ambil 2 biji untuk orang yang ada masalah HB rendah atau kurang darah. TIDAK BOLEH ambil bersama Vita-E Complex, GLA, susu / Ostematrix / kalsium kerana akan menghalang penyerapan iron.

Vivix - 1 sudu teh sebelum tidur atau selepas sarapan.

Zinc - 1 biji sebelum atau selepas makan.


 
**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! 

Thursday, 14 January 2016

NutriFeron - Penggalak Immune Semulajadi Untuk MENCEGAH Penyakit

Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia ( Nutriferon). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon     tubuh. Formulanya yang  digunakannya        adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan       dan    rekaannya    telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi. Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee. Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

 

 Siapa yang perlukan Nutriferon?

  • Individu yang ingin mengekalkan kesihatan ke tahap optimum
  •  Individu yang sangat mudah dijangkiti penyakit, demam, selsema dan sebagainya
  • Ibu menyusu yang bayinya mudah dan kerap sakit
  • Individu yang mempunyai kulit bermasalah, allergik
Nutriferon bukan seperti painkiller yang lain, ianya adalah berasaskan bahan semulajadi, ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Ekstrak dari 4 jenis tumbuhan

Ambil 1, koyakkan dan tuang ke dalam mulut!

 

Bagaimana sistem imun melindungi diri kita?

Setiap saat dan ketika kita sebenarnya terdedah kepada ancaman luar, dari pathogen. Pathogen ialah apa-apa organisma yang boleh memudaratkan sama ada bakteria, virus, mikroorganisma dan lain-lain. Soalnya, bagaimana kita mempertahankan diri? Bagaimana Nutriferon sangat berguna untuk saya & keluarga serta ramai yang mengenalinya untuk menggalakkan sistem imun.

Sistem imun melindungi kita dari pelbagai ancaman


Yang sangat popular dalam mempertahankan tubuh kita, yang selalu kita dengar ialah sel darah putih kan? Sebenarnya, sebelum sel darah putih terpaksa bekerja, Allah yang Maha Hebat telah mencipta pertahanan luar untuk mencegah dan mempertahankan. Sistem ini kerapkali kita panggil Sistem Pertahanan Primer / First Line Defense System. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
  • Lapisan kulit yang menghalang kemasukan bakteria
  • Membran / lapisan mukus yang meghalang kemasukan bakteria. Ni terdapat di sistem penghadaman, pernafasan atau pembiakan.
  • Lapisan berambut seperti di dalam hidung
  • Air mata yang mengandungi enzim
  • Air liur yang juga mengandungi enzim untuk memusnahkan bacteria

Sistem Pertahanan Primer Manusia



Tetapi, jika pathogen masih mampu menembusi, maka di sinilah peranan sel darah putih untuk seterusnya memerangi musuh-musuh tubuh kita. Bagaimana sel darah putih memerangi musuh? Dengan cara "memakan" atau  "menembak" dengan antibodi.

Sel darah putih MEMAKAN bakteria

Oleh itu keupayaan kita menghasilkan antibodi amat penting untuk melindungi tubuh. Individu yang mempunyai sistem imuniti yang lemah tidak mempunyai keupayaan yang baik untuk melawan serangan musuh pathogen.

Selain engulf (menelan), sel darah putih juga menyerang bakteria dengan "menembak"!
Dalam situasi begini, kita kerapkali diberikan antibiotik oleh doktor untuk membantu tubuh melawan penyakit. Baguskah antibiotik? Pada dos yang rendah, antibiotik wajar diambil. Tapi jika boleh dielakkan, eloklah kita elakkan. Kenapa? Antibiotik sebenarnya agen luar yang membantu tubuh melawna penyakit. Pemberian dadah antibiotik yang kerap atau pada dos yang tinggi boleh menyebabkan sistem tubuh kita terbiasa dengan bahan luar (Antibiotik) seterusnya mengurangkan inisiatif dan keupayaan tubuh untuk menghasilkan antibodi sendiri. Terlalu bergantung kepada antibiotik!

 

Bagaimana Shaklee Nutriferon membantu sistem imun anda?

Berbeza dengan peranan antibiotik, Shaklee Nutriferon sebenarnya mengaktifkan interferon. Apa itu interferon? Haa.. tu polis besar tu! Interferon ni adalah sistem komunikasi yang menyebabkan sel darah putih diaktifkan untuk melawan serangan. kalau interferon lemah, maka, sel darah putih pun lambat menerima arahan untuk bertindak!


Jadi, kepentingan Interferon tidak boleh kita pandang remeh. Daripada berterusan melemahkan tubuh kita dengan suapan antibiotik, ianya jauh lebih baik jika mengaktifkan sel darah putih kita melalui interferon.

Ok setakat ni dulu, Jom sama-sama kita bertukar kepada cara yang lebih semuajadi, selamat & berkesan. Elakkan antibiotik, elakkan dadah juga paracetamol!

 

 Testimoni

Testimoni Pengguna, Puan Ainul Fadzilah Mustafa






**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! 

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  
Kredit: Surijunior

Cinch® Energy Tea Mix

Cinch Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

 **********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 13 January 2016

Carotomax


Perbezaan Shaklee:

Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, and beta karotena adalah hanya 8 mg. CarotoMax membekalkan lebih 13 mg (21,5001U) karotenoid berfaedah ini. CaratoMax baru ini mengandungi 6 varied karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

 

Manfaat Utama :

  • Lebih Selamat Dari Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  •  Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. la mempertingkatkan masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Pengunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi -   Pengambilan kerap beta   karotena mengukuhkan sistem Imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema.
  • Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.

Mengapa CarotoMax ?

Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.

  • Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat,  menghalang degenerasi penglihatan.
  •  Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem Imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopene - Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem Imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin - Pigmen didalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakkan oksidasi kolesterol LDL
  • Lutein - Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.
  • Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.

 

Mengapa Warna Kulit Kuning ?

Warna kulit sebilangan kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning), serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.

 

Cadangan:

  • Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul dua kali sehari (selepas makan)
  • Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit : 2 kapsul dua kali sehari 


**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex

PERBEZAAN SHAKLEE


Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailabiIity) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B complex extract from beer yeast.

 

Manfaat Utama:

  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak- kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perleche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan iidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan

 

Bagaimana Memilih B-Kompleks yang Baik ?

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin - Bl, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  •  Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian Bl, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)

 

Rekomendasi :

  • Untuk kesihatan berpanjangan    : 1     biji sehari (selepas makan)
  • Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan : 2 - 3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

 

Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?

Ini merupakan situasi normal kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

Nota :   

B-kompleks merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.




**********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!  

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 12 January 2016

Cinch Shake Mix


Perbezaan Shaklee :

Setiap kali anda minum Shaklee cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram seratlarut. (Dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protien). Ini penting - Kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.

 

Faedah Utama :

  • Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut
  •  Indeks glisemik - 22; sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Dengan cinch Pro, campuran eksklusif protin clipertingkatkan dengan leucine – asid amino
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan. 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa berpuas dan kenyang.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

"The Shaklee Weight Management Program addresses
the issues I've raised through my research. It truly
works and I believe it's going to change our approach
to weight management forever"
Dr. Paula Baillie-Hamilton, MD, PhD | A leading expert in human metabolism



 **********************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar  saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! 

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.