Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil.
Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih
takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya
dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
Sejarah
Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine adalah adalah kata tambahan dari amine; kerana pada masa itu ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan sekarang kesalahan ini telahpun disedari.
Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan telah
diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba
tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam, yang kini diketahui akibat kekurangan vitamin A.
Pada 1747, pakar bedah Scotland, James Lind menyedari bahawa makanan sitrus membantu menghalang beri-beri (scurvy), penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh, pendarahan pada gusi, dan rasa sakit yang teruk.
Siapa yang digalakkan untuk mengambil vitamin?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang
tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa
sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara
pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan
nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin.
Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan
vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala
penyakit. Misalnya, rabun (kurang vitamin A) dan anemia (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah). Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.
Nota: Jadi, amatlah penting untuk kita mengambil vitamin untuk memastikan badan kita cukup nutrien untuk kekal sihat dan cantik. Pastikan anda tidak mengambil vitamin yang sebarangan..pastikan ianya halal, selamat dan tidak mempunyai bahan-bahan terlarang dan sekaligus mendapat kelulusan KKM...
Dapatkannya hari ini. Hubungi SID Shaklee yang sah:
FB : Syikin Karim
Email : asyiqin08@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 013 697 8184